Sunday, 29 May 2011

Waspada! Ribuan Ikan Mati Di Manila, Ada Pengajaran Disebaliknya





Kira-kira 500,000 kilogram ikan bernilai RM3.5 juta terapung di Tasik Taal, Batangas selatan Manila, dilaporkan mati kerana perubahan iklim secara tiba-tiba.

Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan pemandu pelancong.

Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh menyebabkan letusan gunung berapi.

Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang merupakan tumpuan utama pelancong kini diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.

Taal merupakan antara 22 buah gunung berapi yang paling tidak stabil di dalam negara dengan rekod sebanyak 33 kali letusan dan kali terakhir berlaku pada tahun 1977.

Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika letusan lain berlaku kerana air tasik itu melindungi dari terkena lahar. -kijang59

Ulasan GB

Peristiwa ikan mati secara banyak pernah dilaporkan di blog ini di berjuta ikan mati di Los Angeles, yang kemudiannya pada hari berikutnya berlaku bencana tak terperi dasyatnya iaitu Tsunami di Jepun. Ia ada kaitan kerana kedudukan pantai Los Angeles berada di sebelah timur Jepun.

Begitu juga di New Zealand, pada 21 Feb 2011, GB memuatkan entri satu berita mengenai Misteri: 100 Paus Ditemui Mati Di Pantai New Zealand, dan kemudian pada 23 Feb 2011 pula, tiba-tiba berlakulah apa yang dikatakan [Bergambar] Lebih 60 Terbunuh Akibat Gempa Di New Zealand.

Peristiwa ikan mati nampaknya semacam tidak signifikan semasa kejadiannya, tetapi ia adalah impak dari satu malapetaka yang telah berlaku lebih awal di dasar laut sebelum ia benar-benar muncul sebagai satu bencana di permukaannya.

Sekarang berlaku pula di Manila, sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia, petunjuk apakah itu ....?


Friday, 27 May 2011

matahari dikelilingi pelangi

 foto-bijan...taiping 27may-satu kejadian yang jarang dapat lihat oleh orang ramai. matahari dikeliling pelangi telah berlaku dan dapat dilihat dengan jelas dipekan taiping dan kawasaan2 sekitarnya telah berlaku pada hari jumaat 27 may. kejadian ini telah menarik perhatian orang ramai yang berada sekitar pekan taiping penulis turut menyaksikan kejadian ini.




Thursday, 19 May 2011

Baca dan Hayati Perkerti Hati dan Pendirian Pemuda ini...




Dia mungkin ahli syurga...

Ketika singgah di sebuah surau di Melaka untuk bersola...t Maghrib semalam, kelihatan ianya lengang dari didatangi pengunjung. Taman permainan masih riuh rendah dengan gegak-gempita kegembiraan suara anak-anak muda Melayu.

Saturday, 14 May 2011

pelopor tarian Shuffle kat kampung Kedai Dua

Izzat Azim Bin Azman,skrg ni berumur 18 tahun adalah org yg bertanggungjawab membawa dan mengajar tarian Shuffle ke kampung Kedai 2,post b y Azhar.

Tuesday, 10 May 2011

sambutan Maulidur Rasul di Masjid kedai Dua.

Kumpulan Burdah Azzaratunnur kedai dua telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada hari Selasa (10.5.2011) tadi.Post by Azhar.