gambar diatas bulat belanja makan kat bagan serai makan chiken chop kat warung atap.
beraya kat rumah man dengan member-member yang lama tak jumpa semua beraya malam je. siang masing-masing sibuk. raya taun ni terasa makin kurang jumpa member lama mungkin masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing cuma ini je gambar yang sempat di uploud kepada semua warga kedai dua saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN semoga hidup anda ceria selalu.
Sunday, 4 September 2011
Tuesday, 23 August 2011
Berita Kedatangan Nabi Muhammad Dalam Pelbagai Kitab Purba
Oleh: zharifjenn
"

Sebenarnya, terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di dalam pelbagai kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran bahawa tiada satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu tidak mustahil jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam pelbagai kitab purba pelbagai kaum.
Labels:
umum
Tuesday, 16 August 2011
Video Dedah isi Kaabah

SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada
Labels:
umum
Sunday, 7 August 2011
Misteri Penemuan Bahtera Nabi Nuh as
Gambaran bahtera Nabi Nuh as mengikut kajian
Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. (36)Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan
Labels:
umum
Saturday, 6 August 2011
ni video lama saja nak tunjuk
ni geng drebar mesin padi kedai dua masa video ni diambil depa dok tengah belajar bawa jentera ni. la ni semua dah pandai dah... dalam video ni arul,ejan,arek and the gang
Labels:
berita kampung
Wednesday, 6 July 2011
Lady Gaga : Judas , Siapa Judas?
Di antara gambar yang terselit di dalam album Judas
Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib
Labels:
umum
Saturday, 2 July 2011
Kisah Benar: Kapal Solar Firaun Ditemui
aya Allah
Bawa Raja Khufu ke ‘alam abadi’
KAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.
Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.
Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian
Bawa Raja Khufu ke ‘alam abadi’
KAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.
Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.
Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian
Labels:
umum
Friday, 17 June 2011
Hadis:-
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda
ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim
Huraian :
1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:
......
i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.
2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.
3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.
Huraian :
1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:
......
i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.
2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.
3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.
Labels:
Renungan
Perjuangan Taghut Yang Menggadai Agama, Perspektif Ilmiah
Pendahuluan

Perkataan “taghut” disebut oleh Allah SWT di dalam al Quran sebanyak 8 tempat, iaitu :
1. Surah al Baqarah : 256
2. Surah al Baqarah : 257
3. Surah an Nisa : 51
4. Surah an Nisa : 60
5. Surah an Nisa : 76
6. Surah al Maidah :60
7. Surah an Nahlu : 36
8. Surah az Zumar : 17
(sumber : rujukan 2, hal. 525)
Secara umumnya, taghut bermaksud “syaitan”, iaitu melampau ke arah kebatilan, kezaliman dan kejahatan, jauh daripada kebenaran, keadilan dan kebaikan.
(sumber : rujukan 1, jilid 3, hal. 158)
Allah SWT berfirman
Maksudnya : Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah(Surah an Nisa : 76)
FirmanNya lagi
Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh (Surah an Nisa : 60)
Sepertimana yang disebutkan, secara umumnya, perjuangan taghut adalah perjuangan yang menegakkan kezaliman, kebatilan dan kejahatan. Perjuangan ini telah didokongi oleh mereka yang kufur dengan agama Allah SWT.
Ciri-ciri Perjuangan Taghut
Berdasarkan ayat 76, Surah an Nisa, Dr Wahbah az Zuhaili berkata bahawa perjuangan menegakkan “taghut” ini ialah perjuangan yang mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Perjuangan yang mempunyai kepentingan
2. Perjuangan yang bertujuan tertentu selain daripada Allah
3. Perjuangan yang bersifat material
4. Perjuangan yang bertujuan memuaskan nafsu dan kemahuan, redha dengan keraguan syaitan
5. Perjuangan meninggikan ketuhanan selain daripada Allah, atau perjuangan menegakkan penyembahan kepada makhluk dan dunia
6. Perjuangan yang membantu dan bekerjasama dengan golongan kuffar
7. Perjuangan yang menggilakan untuk mendapat hasil dan mengaut untung
8. Perjuangan yang didasari dengan tujuan kebanggaan dan kemegahan
9. Perjuangan yang berdiri di atas keyakinan dengan kemampuan diri sendiri tanpa mengharap kuasa Allah
10. Perjuangan yang menyerlahkan kemasyhuran dan populariti
(sumber : ibid, jilid 3, hal. 161)
Si Munafiq Yang Menyokong Taghut
Di dalam Surah an Nisa’ ayat 60, sepertimana yang tertera di atas, terdapat satu peristiwa yang berlaku yang perlu dijadikan iktibar.
Kisah Pertama
Jallas bin Somit, Mu’tib bin Qusyair, Rafi’ bin Zaid dan Bisyr, telah mendakwa bahawa mereka Islam. Lalu ketika mana berlaku persengketaan di kalangan puak mereka, beberapa pemuda ingin membawa kes tersebut kepada Rasulullah SAW. Tetapi mereka (4 orang tersebut) menyuruh supaya kes ini di bawa kepada pemerintah-pemerintah Jahiliyyah.
Maka, Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu...
(Riwayat Ibnu Abi Hatim, daripada Ibnu Abbas RA, sila lihat : ibid, jilid 3, hal. 137)
Kisah Kedua
Pernah terjadi pertelingkahan di antara seorang berbangsa Yahudi, dan seorang munafiq. Lalu, si Yahudi tersebut berkata : Aku akan mengadili kamu kepada Nabi Muhammad SAW. Ini kerana dia tahu bahawa Nabi Muhammad SAW tidak akan menerima rasuah dalam menjatuhkan hukuman. Tetapi, si munafiq tadi tidak bersetuju, lalu mereka berpakat untuk bertemu paderi, hasil cadangan si munafiq tersebut.
Maka Allah SWT berfirman
Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu..
(Riwayat Ibnu Jarir, daripada Sya’bi, sila lihat : ibid)
Kisah Ketiga
Satu ketika, terjadi pertelingkahan di antara seorang Yahudi dan seorang munafiq. Lalu si Yahudi tersebut mencadangkan supaya kes ini di bawa kepada Nabi SAW. Tetapi si munafiq tadi menolak, lalu mencadangkan supaya kes ini di bawa kepada Kaab bin al Asyraf (Allah menggelarnya sebagai taghut).
Tetapi si Yahudi tadi masih lagi bertegas ingin membawa kes ini kepada Nabi SAW, lalu dia pergi berseorang diri. Melihat perkara demikian, si munafiq tadi terpaksa akur dan mereka pergi, sehinggalah bertemu dengan Rasulullah SAW dan meminta supaya kes mereka diadili oleh Baginda SAW sendiri.
Setelah dibicarakan, kes tersebut dimenangi oleh si Yahudi tadi. Lalu si munafiq tadi membawa si Yahudi tadi bertemu dengan Saidina Umar al Khattab pula, kerana tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Baginda SAW.
Orang Yahudi tersebut berkata kepada Saidina Umar :
Kami telah bertelingkah, lalu kami telah mengadili kes ini kepada Rasulullah SAW, tetapi dia (si munafiq) ini tidak setuju dengan apa yang Rasulullah SAW putuskan. Jadi, disebabkan inilah kami datang bertemu kamu.
Saidina Umar RA bertanya kepada si munafiq tadi : Benarkah apa yang dia katakan? Si munafiq tadi berkata : Ya.
Lalu Saidina Umar berkata : Kamu berdua tunggu sebentar, sehingga aku datang.
Saidina Umar masuk ke dalam, dan membawa keluar pedangnya, lantas memancung si munafiq tadi.
Saidina Umar berkata : Inilah akibatnya mereka yang tidak enggan berpuas hati dengan ketentuan Allah, dan apa yang telah Rasulullah putuskan. Lalu si Yahudi tadi lari daripada situ. Maka, Allah SWT berfirman
Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu..
(Riwayat al Kalbi, daripada Ibnu Abbas RA, sumber : ibid, hal. 138)
Pengajaran dan Kesimpulan
Si munafiq yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya, akan terdedah ke”munafiq”kannya apabila mereka disuruh untuk mentaati Allah dan Rasul. Atau dengan kata lain, sifat munafiq seseorang akan terserlah apabila mereka disuruh untuk melaksanakan undang-undang Allah.
Dari segi luaran, mereka mendirikan solat, membayar zakat dan berwatak sebagai seorang muslim. Tetapi apabila disuruh untuk melaksanakan undang-undang Allah, mematuhi syariat dan sebagainya, mereka mula berdalih untuk tidak melakukannya.
Mereka inilah yang dikatakan berhakimkan dengan taghut sepertimana yang disebut di dalam Surah an Nisa ayat 60 ini. Sedangkan mereka telah disuruh untuk beriman kepada Allah, dan menolak sebarang bentuk taghut.
Juga telah disebutkan, perjuangan taghut inilah yang memperjuangkan kebatilan, kejahatan dan kezaliman, sedangkan mereka telah diperintahkan untuk menolak bentuk taghut ini. Firman Allah SWT :
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah an Nahlu : 36)
Rujukan
1. Az Zuhaili, at Tafsir al Munir, Dr Wahbah Zuhaili, cet. 9, Maktabah Darul Fikr, tahun 2007
2. Al Mu’jam al Mufahras Li Alfazil Quran, Muhammad Fuad Abd Baqi, cet Darul Hadis, tahun 2001.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fellow MANHAL PMRAM
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar.
Labels:
Renungan
Wednesday, 15 June 2011
Misteri Penemuan Bahtera Nabi Nuh as
Gambaran bahtera Nabi Nuh as mengikut kajian
Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. (36)Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu,
Labels:
umum
Sunday, 12 June 2011
Fadhilat membaca surah Al-Kahfi
zaman yg dipenuhi fitnah, menukarkan yang hak kepad batil dan yang batil kepada hak (menyamai fitnah dajjal)
Surah kahfi sebaik-baik amalan untuk mengelak fitnah tersebut, menurut Abu Ali hassan al-Nadwi dan sayyid qutb 3 perkara yang mengelak kita dari fitnah tersebut>
1) Membetulkan akidah
2) membetulkan cara manusi berfikir dan melihat
3) Membetulkan sistem nilai
Malahan terdapat hadis yang menyarankan kita membaca surah al-kahfi
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)
Surah kahfi sebaik-baik amalan untuk mengelak fitnah tersebut, menurut Abu Ali hassan al-Nadwi dan sayyid qutb 3 perkara yang mengelak kita dari fitnah tersebut>
1) Membetulkan akidah
2) membetulkan cara manusi berfikir dan melihat
3) Membetulkan sistem nilai
Malahan terdapat hadis yang menyarankan kita membaca surah al-kahfi
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)
Labels:
Renungan
Saturday, 4 June 2011
Hadis Palsu

Hadis Palsu
Pengenalan
Hadis mawdu’ atau hadis palsu adalah;
1. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi dusta.
2. Perkhabaran yang direka-reka dengan menyandarkan ia pada Nabi saw, sahabat atau tabi’in dengan pembohongan atas sebab muslihat tertentu.
3. Hadis yang direka lalu disandarkan kepada Nabi saw sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Kelahiran Hadis Palsu
Labels:
umum
Surah Al-Faatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:1) | <Embed> | English Translation

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (Al-Faatihah 1:2) | <Embed> | English Translation

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:3) | <Embed> | English Translation

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (Al-Faatihah 1:4) | <Embed> | English Translation

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5) | <Embed> | English Translation

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6) | <Embed> | English Translation

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Al-Faatihah 1:7) | <Embed> | English Translation untuk untuk surah selanjutnya http://www.surah.my/1
Labels:
umum
Sunday, 29 May 2011
Waspada! Ribuan Ikan Mati Di Manila, Ada Pengajaran Disebaliknya
Kira-kira 500,000 kilogram ikan bernilai RM3.5 juta terapung di Tasik Taal, Batangas selatan Manila, dilaporkan mati kerana perubahan iklim secara tiba-tiba.Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan pemandu pelancong.
Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh menyebabkan letusan gunung berapi.
Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang merupakan tumpuan utama pelancong kini diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.
Taal merupakan antara 22 buah gunung berapi yang paling tidak stabil di dalam negara dengan rekod sebanyak 33 kali letusan dan kali terakhir berlaku pada tahun 1977.Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika letusan lain berlaku kerana air tasik itu melindungi dari terkena lahar. -kijang59
Ulasan GB
Peristiwa ikan mati secara banyak pernah dilaporkan di blog ini di berjuta ikan mati di Los Angeles, yang kemudiannya pada hari berikutnya berlaku bencana tak terperi dasyatnya iaitu Tsunami di Jepun. Ia ada kaitan kerana kedudukan pantai Los Angeles berada di sebelah timur Jepun.Begitu juga di New Zealand, pada 21 Feb 2011, GB memuatkan entri satu berita mengenai Misteri: 100 Paus Ditemui Mati Di Pantai New Zealand, dan kemudian pada 23 Feb 2011 pula, tiba-tiba berlakulah apa yang dikatakan [Bergambar] Lebih 60 Terbunuh Akibat Gempa Di New Zealand.
Peristiwa ikan mati nampaknya semacam tidak signifikan semasa kejadiannya, tetapi ia adalah impak dari satu malapetaka yang telah berlaku lebih awal di dasar laut sebelum ia benar-benar muncul sebagai satu bencana di permukaannya.
Sekarang berlaku pula di Manila, sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia, petunjuk apakah itu ....?
Labels:
umum
Friday, 27 May 2011
matahari dikelilingi pelangi
foto-bijan...taiping 27may-satu kejadian yang jarang dapat lihat oleh orang ramai. matahari dikeliling pelangi telah berlaku dan dapat dilihat dengan jelas dipekan taiping dan kawasaan2 sekitarnya telah berlaku pada hari jumaat 27 may. kejadian ini telah menarik perhatian orang ramai yang berada sekitar pekan taiping penulis turut menyaksikan kejadian ini.
Thursday, 19 May 2011
Saturday, 14 May 2011
pelopor tarian Shuffle kat kampung Kedai Dua
Izzat Azim Bin Azman,skrg ni berumur 18 tahun adalah org yg bertanggungjawab membawa dan mengajar tarian Shuffle ke kampung Kedai 2,post b y Azhar.
Labels:
berita kampung
Tuesday, 10 May 2011
sambutan Maulidur Rasul di Masjid kedai Dua.
Kumpulan Burdah Azzaratunnur kedai dua telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada hari Selasa (10.5.2011) tadi.Post by Azhar.
Labels:
berita kampung
Saturday, 23 April 2011
Friday, 22 April 2011
Dosa meninggalkan & melambat-lambatkan Solat Fardhu 5 waktu
Melambat-lambatkan dan sengaja malas untuk menunaikan solat. Ketahuilah wahai rakan-rakan sekalian Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-
Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)
Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 ora
Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah
Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)
Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 ora
Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah
Labels:
Renungan
TAFSIR MIMPI ANDA "part 1"
Semua orang pernah mimpi kan? mimpi takut? sedih? seronok? misteri dan macam-macam lagi? tapi!! korang tahu apa maksud disebalik mimpi-mimpi korang? ha! tak tahu? ok kali ni Doktor Nick ingin berkongsi pengalaman bermimpi kepada anda dan cuba merungkai apa maksud mimpi-mimpi anda yang selama ni anda sendiri pun tak tahu apa maksud mimpi anda tu? jom kita baca sama-sama apa maksud mimpi kita selama ni (tafsir mimpi ni aku dapat dari kawan dia e-mail kat aku)
Labels:
umum
Thursday, 21 April 2011
sekadar untuk renungan.......
HIDUP INI SEBENARNYA TERLALU MELETIHKAN,LETIH SEMENTARA MENANTIKAN SAAT KEMATIAN,BILA? TUNGGU SAHAJALAH.IA PASTI AKAN DATANG!KEHADIRANNYA AKAN TURUT MEMBUNUH SEGALA NIKMAT DUNIA INI.
Labels:
umum
Wednesday, 20 April 2011
Monday, 18 April 2011
kenangan raya zaman remaja
cuba tengok remaja-remaja kedai dua ni,semuanya hensem dan smart, pada hari ini mereka yang ada di dalam gambar ni dah bekerjaya dan menetap di luar kampung,kebanyakannya berpangkalan di Kuala Lumpur...
Labels:
memori terindah
ambil upah menyerak padi,menabur baja dan meracun bendang
Azrul Faizal Bin Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Jerul dikalangan penduduk kampung,berusia 22 tahun,profesionnya sekarang adalah petani moden (utk sementara ja), seorang yg cekap dalam hal ehwal penanaman sawah padi,selalu menerima upah dari orang kampung utk mengerjakan sawah mereka,kepada sesiapa yang berminat nak menggunakan perkhidmatan Azrul,anda boleh la terus menghubungi beliau di nombor 0174997763.
Labels:
berita kampung
tahukah anda
1 - degupan jantung wanita lebih laju dari lelaki 2- .Seorang wanita yang mengandung mempunyai deria yang lebih sensitif 3.- Wanita lebih kerap senyum dari lelaki. 3- 2 juta sel darah merah mati setiap saat. 4- ayam adalah lebih banyak dimuka bumi berbanding manusia. 5- Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud tidak. 6- Kacang digunakan untuk menghasilkan dinamit. 7- Mencium bau pisang atau epal hijau membantu mengurangkan berat badan. sumber-mohdazam
Labels:
umum
Friday, 15 April 2011
perkhidmatan Katering.....
Hairul Amin Bin Mohd Ali,seorang anak muda yang bercita-cita tinggi, memulakan perniagaan makanan seawal umur 23 tahun,pada masa ini Hairul telah membuka warung makanan pagi bersebelahan Masjid Jamek Kedai Dua,Disamping itu juga,Hairul dan keluarganya menyediakan perkhidmatan katering di bawah nama Syarikat N&N Grandis Enterprise untuk majlis kenduri kahwin,arwah,cukur jambul,mesyuarat dan sebagainya,untuk keterangan lanjut dan ingin membuat tempahan,Tuan/puan boleh lah menghubungi Hairul Amin di nombor 012-4069015...
Labels:
berita kampung
kumpulan Marhaban/Burdah Azzahratunnur kedai 2.
Kumpulan Marhaban/Burdah Azzahratunnur Kedai 2.Mula di tubuhkan pada bulan jun 2008 dan bergerak aktif pada tahun 2009,tujuan ditubuhkan kumpulan ini adalah untuk mengisi masa lapang suri-suri rumah penduduk kampung dan memberi khidmat sosial kepada masyarakat kampung , dianggotai seramai 21 orang, kumpulan ini selalu mendapat undangan majlis kenduri kahwin,cukur jambul dan sebagainya di sekitar kampung kedai 2 juga dari luar kawasan.... kpd sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat kumpulan ini, boleh la meng hubungi Azhar (017-4010901)atau puan harison[057279255],tempahan awal amatlah digalakkan...
Labels:
berita kampung
Wednesday, 13 April 2011
EBIET G ADE&M NASIR-BERITA KEPADA KAWAN
ku tujukan lagu ini kepada rakan-rakan kedai dua yang telah lama tak berjumpa.dengan ucapan tengok-tengoklah kampung sama.
Labels:
hiburan
Monday, 11 April 2011
kedai dua fc
KEDAI DUA FC,<gambar tak berapa jelas> pasukan ini dianggotai oleh cain,jerul,chot,jeheng/bulat,acik,amad,oun,nazri,askar,bapak puroi,ajam,taufik,Ee dan ramai lagi (yg lain x sempat nk ambil gambar)banyak kejohanan yang telah disertai pasukan ini,pencapaian terbaik adalah naib juara di Kejohanan bola sepak terbuka Simpang tiga pada tahun 2005,pasukan ini telah dibubarkan tahun lepas kerana masalah ketiadaan padang latihan yang kini telah dijadikan kawasan perumahan.
Labels:
berita kampung
Sunday, 10 April 2011
bendang 2011
petani kedai dua sedang sibuk dengan tugas masing-masing. sekarang musim dok nak buat bendang. yang bawak traktor yang bawak jentani yang dok meracun, tabuk padi selamat bertugas.
Labels:
berita kampung
Friday, 8 April 2011
UNTUK KAMPUNG KU YANG KU INGATI
Blog ini ku buat untuk memaparkan berita2 yang berlaku kat kampungku.
Subscribe to:
Comments (Atom)
























